Pages

Friday, 29 November 2013

AGRO JOHOR 2013 - MAJLIS PERASMIAN

 



AGRO JOHOR 2013

Setelah bertungkus lumus merancang dan mengatur setiap program yang sesuai selama 3 bulan, akhirnya AGRO JOHOR 2013 menemui harinya dan telahpun dirasmikan pagi tadi oleh YAB Dato' Mohamed Khaled bin Nordin (Menteri Besar Johor). Bagaimanapun sejak dari minggu lepas, persiapan tempat telah dimulakan dan pada 27 November 2013 yang lepas, gerai - gerai jualan telahpun dibuka untuk kunjungan orang ramai.
 

Semalam, 28 November 2013 telah diadakan raptai untuk majlis perasmian untuk hari ini dan malamnya rakaman program agama untuk rancangan Taqlim untuk disiarkan di TV1 telah diadakan. Untuk rakaman program agama, Ustaz Yosree Ikhsan (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor) telah dijemput sebagai penceramah.
 

Gambar - gambar berikut adalah rakaman sepanjang persiapan majlis perasmian dan sekitar rakaman rancangan Taqlim.
 












Thursday, 21 November 2013

HARI BERKASIH SAYANG

Setelah sekian lama tidak membersihkan kawasan sekitar kompleks, hari ini semua keluarga LPPJ sekali lagi turun padang untuk mengindahkan kembali  kawasan yang sudah mula kelihatan terbiar.
 
 
Program hari ini dimulakan dengan perhimpunan bulanan seawal jam 8.15 pagi dan disusuli dengan program gotong royong. Cuaca hari ini amat baik dan membolehkan segala kerja - kerja pembersihan berjalan dengan lancar sehingga jam 1 petang.
 








Terima kasih diucapkan kepada semua warga LPPJ kerana memberikan kerjasama yang baik dan saling bekerjasama sepanjang program berlangsung.

"RUMAH KITA, TANGGUNGJAWAB KITA!!"

Tuesday, 12 November 2013

Aktiviti Sepanjang Oktober 2013

Meraikan hari terakhir EO LPP Negeri Johor Hj. Abd Manan b. Sulaiman.
 




 
 
Majlis Korban LPP Johor



 


 
 

 
 
 
 
Hari Keluarga dan Mesyuarat Agung Tahunan KSK LPP Johor