Pages

Sunday 10 April 2016

HARI PERKHIDMATAN TERAKHIR EN. SHAMMODIN BIN ABD HALIM

21 Mac 2016 adalah hari terakhir perkhidmatan En. Shammodin bin Abd Halim selaku pengarah LPP negeri Johor  selama hampir 5 tahun dan pada hari itu, tamatlah tugas beliau sebagai penjawat awam kerana memilih untuk bersara pilihan.
 
Pada hari berkenaan, beberapa program telah diatur bagi memberi peluang setiap anggota berkumpul dan beramah mesra serta mendengar amanat terakhir dari beliau.
 
Di samping itu, pihak LPP negeri Johor mengambil peluang meraikan hari ulang tahun kelahiran En. Shammodin yang turut jatuh pada hari terakhir perkhidmatannya.
 
Pada hari tersebut, Program Perhimpunan Bulanan telah diatur pada awal pagi yang menghimpunkan setiap anggota di kompleks LPP negeri Johor khasnya.
 

Seperti biasa, banyak tips - tips berguna dan kata nasihat dari Tuan Pengarah telah diturunkan kepada anggotanya walaupun di hari terakhir perkhidmatan beliau.
 

Sebagai seorang ketua yang cemerlang dalam pentadbirannya, En. Shammodin berkongsi suka duka pengalaman semasa menjalankan tugasnya sehingga ada kala menyentuh hati beliau serta rakan - rakan anggota.
 











Turut serta diraikan, ulang tahun kelahiran anggota lain yang jatuh pada bulan Mac. Setiap anggota yang diraikan menerima hadiah harijadi yang diserahkan oleh En. Shammodin dan uniknya hari itu, hadiah harijadi En. Shammodin telah disampaikan oleh setiausahanya iaitu Puan Norhazlinda binti A. Hamzah. 
 
 
Setiap cawangan juga tidak ketinggalan menghulurkan cenderahati tanda perpisahan.

 

Selesai Program Perhimpunan Bulanan, Mesyuarat Pengurus Besar dan Mesyuarat LABONG pula menyusul bagi memberi peluang Pengurus Besar dan Ketua Peladang Daerah membuat perjumpaan terakhir bersama En. Shammodin bagi perlaksanaan tugas - tugas di PPK.

Sementara menunggu habis waktu kerja, jamuan minum petang telah diadakan di Dewan Makan IPP di dalam kompleks LPP sendiri untuk mengiringi kepulangan En. Shammodin.


 Sesi menandatangani serah tugas kepada Timbalan Pengarah LPP negeri Johor.


Thumph print terakhir En. Shammodin sebelum meninggalkan kompleks LPP negeri Johor.

Kami, seluruh warga LPP negeri Johor sentiasa mendoakan agar tuan sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani hari - hari seterusnya bersama keluarga tercinta. SELAMAT BERSARA BOS!

Monday 4 April 2016

SELAMAT BERSARA BOS

 JASAMU DIKENANG, BUDIMU DITUAI
20 MAC 2016
 THE LEGENDS GOLF & COUNTRY RESORT
 
Majlis meraikan persaraan pengarah LPP negeri Johor ini telah dikemudikan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan LPP negeri Johor dengan kerjasama setiap Pertubuhan Peladang di negeri Johor. 
 
Selain menggunakan kepakaran pihak hotel menyusun tapak majlis, anggota LPP juga memainkan peranan menokok tambah hiasan dan persembahan bagi menaikkan seri suasana majlis.
 
Sepanjang majlis berlansung pula, persembahkan iringan yang memukau telah diperdengarkan oleh Kembara Zapin PPNJ.
 
Majlis ini sememangnya dirancang menjadi semeriah mungkin untuk meraikan 'Pengarah Terbaik' yang pernah berkhidmat di LPP negeri Johor.
 
Semoga hadiah yang tidak seperti mana ini dapat meraih sedikit senyuman dan dikenang hingga akhir hayat beliau. 
 

 Ketibaan Tuan Pengarah LPP negeri Johor En. Shammodin bin Abd Halim diiringi Pengerusi KSK LPP negeri Johor.
 
 """""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""" 
Hadirin yang hadir terdiri daripada Pengerusi PPK, anggota LPP dan anggota PPK
 
 
 
 
 """""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""" 
Tuan Pengarah meluangkan masa bergambar sebanyak mungkin bersama - sama rakan kerja sepanjang majlis berlansung. 
 


 
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""" 
Di kemuncak acara, setiap persatuan dan PP mengambil kesempatan menghulurkan cenderahati tanda perpisahan 
 









 
 """""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""" 
Sebelum bersurai, rata - rata anggota tidak melepaskan peluang untuk meabadikan kenangan terindah bersama En. Shammodin bin Abd Halim yang akan menetap di Kuantan bersama keluarga tercinta.
 
 



 
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""" 
 SELAMAT BERSARA BOS!
 

Wednesday 6 January 2016

AGROPRENUER MUDA NADI PENGELUAR HASI PERTANIAN

KOR TANI ditubuhkan bagi mengumpulkan usahawan muda yang berumur 40 tahun ke bawah untuk dibawa kehadapan dan diketengahkan dalam bidang masing - masing. Selain itu, banyak kursus - kursus diadakan supaya ahli - ahli KOR TANI boleh bertukar - tukar pengalaman, menambahkan pengetahuan, serta mendapat pendedahan kepada sumber - sumber peruntukan yang sesuai diperolehi untuk lebih memajukan bidang masing - masing.
 
Baru - baru ini LPP telah menganjurkan satu kursus yang mempertemukan usahawan - usahawan KOR TANI baru dan senior untuk berkenal - kenalan serta berkongsi kejayaan dalam bidang masing - masing. Beberapa orang usahawan yang telah menunjukkan kejayaan membanggakan dalam usia muda dijemput untuk menyampaikan ceramah bagi berkongsi suka duka serta pahit getir sebelum masing - masing mencapai aras kejayaan.
 
 Tuan Pengarah LPP negeri Johor terlebih dahulu memulakan ucapan aluan.

Tuan Haji Sahri bin Tumin (Pengerusi PPK Senggarang)
perkongsian pengalaman usahawan pengeluar, pemasaran hasil pertanian di Senggarang.

 
En. Khairul Azhar bin Wahyudi
perkongsian pengalaman usahawan pengeluar, pemasar, dan potensi industri ubi kayu.
 
Puan Nurul Hakimi binti Shahri
perkongsian pengalaman usahawan pengeluar, pemasar, dan potensi industri cendawan
 
En. Muhammad Harith bin Muhamad Hatta
perkongsian pengalaman usahawan pengeluar, pemasar, dan potensi industri ternakan udang galah.
 
En. Hisham bin Misran
perkongsian pemasaran hasil pertanian
 
Suasana sekitar Kursus Agroprenuer Muda Nadi Pengeluar Hasil Pertanian Era Baru Tahun 2015 berlangsung.
 



Semestinya ini adalah pertemuan yang meninggalkan kesan di mana setiap usahawan dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi serta yang lebih penting adalah sebagai pemangkin bersemangat untuk menguruskan bidang masing - masing.

Maklumat terkini berkenaan KOR TANI boleh diperolehi melalui instagram @peladangmuda.johor

Tuesday 5 January 2016

MAULIDURRASUL 2015

Marilah kita bersama - sama bersyukur ke hadrat Ilahi, atas rahmat, taufik dan hidayah-Nya kpd kita semua, sehingga detik ini kita masih diberi kesempatan  yang baik untuk memperingati “Maulid Nabi” Muhammad SAW junjungan kita.
 
LPP negeri Johor berkesempatan bersama - sama meraikan tarikh kelahiran nabi besar kita Muhammad SAW pada 24 Disember bersamaan 12 Rabiul Awal 1437 yang lepas di peringkat negeri bermula di Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, Ledang.
 
Acara perbarisan santai ini disertai oleh kebanyakan badan - badan kerajaan di Negeri Johor dan diketuai oleh YBhg. Dato’ Seri As-Sheikh Hj. Nooh bin Gadot. LPP sendiri disertai oleh anggota yang berkhidmat sekitar Muar kerana acara bermula awal pagi dan ia memudahkan kehadiran para peserta perbarisan.
 
Sambutan kali ini pastinya menjadi kenangan terindah kerana pasukan LPP negeri Johor berjaya meraih tempat kedua dalam perbarisan. Tahniah! Kepada semua yang terlibat.
 
Antara anggota yang terawal sampai dengan penuh bersemangat untuk menjayakan acara perbarisan 

Pengarah LPP negeri Johor hadir awal pagi semata - mata untuk sama - sama menyertai perbarisan.

Tuan Pengarah tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan bersama - sama Dato’ Seri As-Sheikh Hj. Nooh bin Gadot

Mengabadikan kenangan bergambar dalam satu pasukan.

Pasukan perbarisan bersiap sedia untuk memulakan langkah.

Masing - masing segak bergaya.
 

Kelibat Pengarah LPP negeri Johor yang segak berwarna turqueos di kalangan ketua - ketua jabatan.

Acara dimulakan dengan doa.

 
 Suasana perbarisan maulidurrasul yang mengambil jarak kira - kira 3 kilometer untuk sampai ke Masjid Bandar Tangkak.

Pasukan hebat LPP berjalan sambil berselawat dengan penuh bergaya.

Antara pasukan jabatan - jabatan lain yang tidak kurang hebatnya

Suasana sekitar Masjid Bandar Tangkak yang penuh dengan orang ramai yang menanti pasukan perbarisan tiba.



Alhamdulillah.....setelah berpenat lelah menyediakan persiapan dan pengorbanan, akhirnya LPP menduduki tempat ke dua dalam perbarisan.