Pages

Wednesday 31 July 2013

Telur Pindang

Sempena meraikan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa sempena Bulan Ramadan yang dianjurkan oleh LPP Johor dan PPNJ, semua anggota LPP Johor bersemangat menyediakan telur pindang buatan sendiri. Sejak semalam lagi, proses penyediaan telur pindang telahpun disediakan.
 



Daun serai, daun keledek, daun manggis dan kulit bawang adalah sebahagian bahan yang digunakan bagi proses merebus telur pindang yang mengambil masa 10 jam sekurang2nya.
 
 Telur ayam disusun berperingkat diatas lapisan daun - daun yang berkhasiat dan mampu memberikan aroma yang menyelerakan.
  

 Beginilah rupa proses seterusnya apabila bahan-bahan tadi direbus. Segala rempah2 yang telah dikisar direbus sekali selama sekurang kurangnya 10 jam.

Insyaallah.....telur pindang yang telah siap untuk dimakan akan diagihkan pada hari ini.


No comments:

Post a Comment