Pages

Monday, 26 August 2013

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI 2013

      Pada 23 Ogos 2013 bersamaan 16 Syawal 1434H yang lepas, Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor telah mengadakan "Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2013". Majlis yang serba ringkas ini telah berlangsung dengan meriah sekali terutamanya dengan kehadiran tetamu dari PPNJ, PPD dan Pengurus Besar PPK.
      Majlis Hari Raya kali ini bertambah meriah apabila semua anggota terlibat dalam menyediakan juadah dan masakan mengikut cawangan masing-masing secara bergotong royong. Inilah satu program yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama anggota yang sangat-sangat di titik beratkan oleh Pengarah LPP Negeri Johor En. Shammodin Bin Abd Halim. Pengarah LPPJ sendiri turut menyumbang tenaga dalam menghasilkan kuah Soto bersama anggota yang lain bagi juadah Cawangan Pentadbiran. 
      Semoga Sambutan Majlis Hari Raya seperti ini akan diadakan lagi pada tahun depan dan mungkin boleh dijadikan satu program tahunan. Di kesempatan bulan syawal yang masih ada ini, kami seluruh anggota Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin"

Coretan dan Gambar Sepanjang Majlis





 

Air Minuman yang disediakan oleh Cawngan IT




 


     

Juadah yang disediakan oleh Cawangan Pentadbiran















Juadah yang disediakan oleh Cawangan Pembangunan















Kumpulan Marhaban LPP Johor



















No comments:

Post a Comment