Pages

Thursday, 13 February 2014

PENGERUSI PUSPANITA LPPJ

Jam 12.30 tengahari tadi kami dikunjungi oleh pengerusi PUSPANITA LPPJ yang kebetulan telah melakukan lawatan kerja ke PPK Johor Bahru Selatan. Oleh kerana kedudukan tapak projek PPK berkenaan tidak berapa jauh dari kompleks LPPJ, kami memujuk beliau supaya dapat berkumpul bersama ahli - ahli PUSPANITA disini untuk beramah mesra.
 
Ketibaan Professor Madya Zaleha Kasim dengan pakaian melawat tapak projek ikan air tawar disambut oleh seluruh ahli PUSPANITA. Masing - masing berpewatakan teruja kerana hampir setahun tidak berkumpul bergini.

Bagi menyerikan majlis, ahli PUSPANITA menyediakan hidangan ringan untuk dijamah sesama sendiri.

 Antara yang hadir.

Majlis pertemuan sebegini amat dinanti - nantikan kepada kaum hawa LPPJ kerana professor seorang yang suka bercerita. Beliau gemar menyentuh perihal kekeluargaan dan cara menghadapinya dengan mengambil contoh pengalaman dan hasil kajiannya. Kesemua yang mendengar pasti teruja kerana ia sangat berkait rapat dengandiri masing - masing.

Tengahari tadi Profesor bercerita berkenaan bagaimana ibu bapa hari ni menjalankan tanggungjawab keluarga. Pastinya sekalian yang ada tekun mendengar dan cuba mempertingkatkan diri menjadi ibu yang berjaya.





PUSPANITA LPPJ Mengucapkan ribuan terima kasih dengan kesudian puan professor datang ke LPPJ untuk majlis beramah mesra ini walaupun menghadapi kekangan masa. Kehadiran yang walaupun sekejab banyak memberikan manfaat kepada kami terutama tips berguna untuk menjadi penggerak yang berguna kepada keluarga tercinta.

No comments:

Post a Comment