Pages

Tuesday 8 July 2014

MAJLIS PERPISAHAN DAN PERTUKARAN ANGGOTA

Tatkala semua warga Johor bercuti bagi meraikan kemenangan pasukan JDT pada 26 Jun lalu, kakitangan LPPJ tetap dengan rutin hari bekerja datang ke pejabat seperti biasa untuk memeriahkan Majlis Perpisahan dan Pertukaran Anggota. 

Majlis ini tetap diteruskan memandangkan persiapan seperti bahan - bahan mentah untuk gotong - royong memasak hidangan tengahari telahpun dilakukan pada hari sebelumnya. 




Majlis dimulakan seawal jam 8 pagi dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nor Rashid bertajuk 'SELAMAT DATANG RAMADAN'. Ceramah agama sebegini amat dinantikan memandangkan Ramadan bakal menjelma 4 hari lagi dan warga Johor akan bercuti lagi.

Juadah untuk hidangan tengahari itu disediakan secara bergotong royong oleh kesemua kakitangan LPPJ sebagai majlis menyambut Ramadan.
 
Majlis perpisahan dilaksanakan sederhana sekitar jam 1 tengahari selepas makan tengahari. Majlis ini dilaksanakan bagi meraikan rakan - rakan yang telah bersara serta berpindah ke negeri lain. Mereka yang berpindah ialah :-

Puan Nik Zamzaharah binti Nik Sin - berpindah ke LPP Kuala Lumpur.

Puan Rosidah bt. Ali - berpindah ke LPP Negeri Sembilan.

En. Md. Sukri bin Haji Saad - berpindah ke LPP Pulau Pinang.

En. Marizal bin Mansor - berpindah ke LPP Pahang.

En. Zabha bin Esa - berpindah ke LPP Kelantan.

En. Mohamed Faizal bin Zainal Abidin - berpindah ke LPP Pahang.

Cik Nur Hanisah binti Mat Tasir - berpindah ke LPP Sabah.

Puan Faridah binti Kasim memberikan ucapan perpisahan kerana telah bersara pada 3 Jun 2014. Beliau telah berkhidmat selama 39 tahun bersama LPP dan perkhidmatan terakhir beliau adalah di PPK Benut. 

Tuan Pengarah menyampaikan ucapan perpisahan kepada yang diraikan dan mengharapkan semua yang berpindah membawa semangat yang lebih hebat di tempat baru. 





Sedikit cenderahati perpisahan untuk yang diraikan.

Kami kakitangan LPP negeri Johor juga mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan - rakan yang diraikan tidak kiralah dipindahkan atas alasan kenaikan pangkat, berpindah mengikut keluarga atau dipindahkan mengikut keperluan. Walau apapun rintangannya, khidmat dan bakti kalian amat dihargai dan berkerjalah dengan sepenuh hati. 


No comments:

Post a Comment