Pages

Thursday 11 December 2014

MAHA 2014


MAHA ataupun Malaysia Agriculture, Horticulture, Agrotourism Show diadakan 2 tahun sekali secara besar - besaran dengan mempamerkan serta memperkenalkan segala jenis tanaman dan ternakan di seluruh Malaysia. Ia biasanya disambut bersama HPPNK iaitu Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan. Oleh yang demikian, setiap kali sambutan diadakan selama 10 hari diisi dengan bermacam - macam aturcara yang cukup meriah. Tahun ini, MAHA telah selesai diadakan di Serdang.

LPP Negeri Johor di beri kepercayaan untuk mengendalikan hiasan dalaman Pavilion Negeri Johor serta mengendalikan majlis perasmian dan protokol sepanjang program berlansung. Semua Jabatan dan agensi memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti di Rumah Johor seperti Jabatan Pertanian menyempurnakan lanskap, Jabatan Veterina mengendalikan pameran pengeluaran pertanian, Jabatan Perikanan mengendalikan inovasi, FAMA mengendalikan Agro Trade, MARDI mengendalikan Agro Base, PPNJ mengendalikan Agro Perlancongan, Lembaga Perindustrian Nenas mengendalikan cenderahati, KEJORA mengendalikan menceriakan dengan pengisian program - program yang menarik di Rumah Johor dan LPP mengendalikan Agro Youth.


Inilah Rumah Johor yang telah dihias indah untuk kunjungan orang ramai.




 Ukiran buah - buahan turut dipamerkan sebagai tarikan.


Pameran yang menggambarkan Johor sebagai gedung makanan negara serta pengeluar orkid di Malaysia.





 



Antara pameran yang dipersembahkan menjadi simbol Johor Industri Pengeluaran Ikan Hiasan.


Majlis Perasmian Rumah Johor ini telah dirasmikan pada 25 November 2014 (Selasa) oleh Menteri Besar Johor iaitu Y.A.B.Dato' Mohamed Khaled bin Nordin.





YB Dato' Seri Haji Saipolbahari bin Hj Suib selaku Timbalan Pengerusi LPP Malaysia mengalu - alukan lawatan Menteri Besar Johor.

Upacara merasmikan Rumah Johor disempurnakan oleh Menteri Besar Johor.



Menteri Besar Johor turut memberikan ucapan perasmian.






Beliau seterusnya meninjau hasil pameran serta beramah mesra dengan anggota LPP dan anggota dari Jabatan lain.
 
 


 
Ketua Pengarah LPP Malaysia tidak melepaskan peluang mengunjungi Rumah Johor dan tertarik dengan teknologi tanaman yang menghasilkan produk yang terbaik dengan kos yang rendah.

No comments:

Post a Comment