Pages

Tuesday 2 June 2015

SAMBUTAN HARI IBU, KEDATANGAN RAMADHAN SERTA TAHLIL

Majlis secara sederhana ini telah diadakan pada 27 Mei 2015 yang lalu bertempat di bilik mesyuarat LPP Negeri Johor merangkumi sambutan hari ibu, meraikan kehadiran bulan Ramadhan yang bakal tiba serta upacara tahlil untuk disedekahkan kepada arwah terdekat dengan ahli - ahli PUSPANITA LPP Negeri Johor.  

Majlis juga mengambil kesempatan untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada salah seorang ahli iaitu Siti Hawa bt. Mohd Yatim dari PPK Johor Timur kerana baru sahaja kematian suami. Salam takziah pihak PUSPANITA ucapkan, begitu juga dari pihak LPP sendiri.



Timbalan pengerusi PUSPANITA LPP Negeri Johor iaitu puan Noraini bt. Melan bersama dengan ketua bacaan tahlil dan setiausaha PUSPANITA LPP Negeri Johor mewakili yang lain dalam upacara memotong kek.

No comments:

Post a Comment