Pages

Thursday, 22 October 2015

CENDAWAN TIRAM

NURUL HAKIMI BT. SHAHRI
06-9781690
CAHAYA D LEREK ENTERPRISE
PKU 11 Jalan Jaamat,
Kg. Padang Lerek 1,
Tangkak 84900,
Ledang Johor.
 
JENIS PROJEK :
TANAMAN CENDAWAN TIRAM
 
KEJAYAAN :
ANUGERAH AGROPRENEUR MUDA
 
  


  
 

NURUL HAKIMI SHAHRI, 34, tidak menyangka nasib ahli keluarganya berubah selepas dia secara tidak langsung melibatkan diri dalam penjualan cendawan tiram kelabu kira-kira lima tahun lalu.
 
Melihat prospek jualan yang amat memberangsangkan, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini tidak teragak-agak mencuba nasib untuk mengusahakan sendiri tanaman cendawan yang dilihat mempunyai permintaan pasaran tinggi.
Menurut Nurul Hakimi, segala-galanya bermula secara kebetulan ketika dia sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka antara tahun 2009 hingga 2011 apabila seorang rakan memperkenalkannya dengan hasil pertanian itu.
“Pada awalnya saya hanya berniaga suka-suka. Saya beli tiga kilogram cendawan setiap hari, kemudian dibungkus semula dan dihantar ke beberapa buah kedai makan sekitar tempat tinggal saya.
 
“Setiap hari cendawan yang saya jual habis dan dari situ, saya mula buat kajian melalui internet mengenai prospek tanaman cendawan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Katil, Melaka baru-baru ini.
Menurutnya, pada 2010 dan berbekalkan modal RM1,500, dia dan suaminya, Mohd. Sharil Md. Sarip, 35, mula mengusahakan tanaman cendawan.Namun, semua proses itu dilakukan secara manual kerana mereka masih tidak mampu untuk membeli mesin dan menyediakan rumah cendawan.
Nurul Hakimi berkata, empat bulan kemudian, mereka berjaya mengumpul modal sebanyak RM50,000 hasil meminjam duit daripada ahli keluarga untuk membina sebuah rumah cendawan dan membeli dua jenis mesin untuk memproses tanaman tersebut.
 
Katanya, melihat potensi besar tanaman itu, suaminya mengambil risiko dengan berhenti kerja dan memberi fokus penuh terhadap perniagaan tersebut manakala dia pula terpaksa membahagikan masa antara belajar dan mengusahakan tanaman tersebut bersama suaminya.


No comments:

Post a Comment