Pages

Sunday 10 April 2016

HARI PERKHIDMATAN TERAKHIR EN. SHAMMODIN BIN ABD HALIM

21 Mac 2016 adalah hari terakhir perkhidmatan En. Shammodin bin Abd Halim selaku pengarah LPP negeri Johor  selama hampir 5 tahun dan pada hari itu, tamatlah tugas beliau sebagai penjawat awam kerana memilih untuk bersara pilihan.
 
Pada hari berkenaan, beberapa program telah diatur bagi memberi peluang setiap anggota berkumpul dan beramah mesra serta mendengar amanat terakhir dari beliau.
 
Di samping itu, pihak LPP negeri Johor mengambil peluang meraikan hari ulang tahun kelahiran En. Shammodin yang turut jatuh pada hari terakhir perkhidmatannya.
 
Pada hari tersebut, Program Perhimpunan Bulanan telah diatur pada awal pagi yang menghimpunkan setiap anggota di kompleks LPP negeri Johor khasnya.
 

Seperti biasa, banyak tips - tips berguna dan kata nasihat dari Tuan Pengarah telah diturunkan kepada anggotanya walaupun di hari terakhir perkhidmatan beliau.
 

Sebagai seorang ketua yang cemerlang dalam pentadbirannya, En. Shammodin berkongsi suka duka pengalaman semasa menjalankan tugasnya sehingga ada kala menyentuh hati beliau serta rakan - rakan anggota.
 











Turut serta diraikan, ulang tahun kelahiran anggota lain yang jatuh pada bulan Mac. Setiap anggota yang diraikan menerima hadiah harijadi yang diserahkan oleh En. Shammodin dan uniknya hari itu, hadiah harijadi En. Shammodin telah disampaikan oleh setiausahanya iaitu Puan Norhazlinda binti A. Hamzah. 
 
 
Setiap cawangan juga tidak ketinggalan menghulurkan cenderahati tanda perpisahan.

 

Selesai Program Perhimpunan Bulanan, Mesyuarat Pengurus Besar dan Mesyuarat LABONG pula menyusul bagi memberi peluang Pengurus Besar dan Ketua Peladang Daerah membuat perjumpaan terakhir bersama En. Shammodin bagi perlaksanaan tugas - tugas di PPK.

Sementara menunggu habis waktu kerja, jamuan minum petang telah diadakan di Dewan Makan IPP di dalam kompleks LPP sendiri untuk mengiringi kepulangan En. Shammodin.


 Sesi menandatangani serah tugas kepada Timbalan Pengarah LPP negeri Johor.


Thumph print terakhir En. Shammodin sebelum meninggalkan kompleks LPP negeri Johor.

Kami, seluruh warga LPP negeri Johor sentiasa mendoakan agar tuan sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani hari - hari seterusnya bersama keluarga tercinta. SELAMAT BERSARA BOS!

No comments:

Post a Comment