Pages

Tuesday 13 October 2015

SELAMAT BERPENCEN DATO'KP

30 September 2015 adalah tarikh penting bagi LPP Johor kerana telah menerima lawatan terakhir dari Yang berbahagia Dato' Arpan Shah bin Satu sebagai Ketua Pengarah LPP kerana bakal menamatkan jawatannya sebagai penjawat awam sebulan lagi.
 
Johor juga adalah negeri lawatan terakhir beliau selepas menjelajah keseluruh negeri lain sebelum menghabiskan baki cutinya.
 
 Ketibaan Dato KP di perkarang kompleks LPP Johor.

 Datin Kamaliah binti Abd Jalal juga turut hadir untuk menyerikan majlis.


Kehadiran Dato' KP telah disambut dengan paluan kompang dan iringan bunga manggar sebagai penghargaan kepada bakti yang telah dicurahkan kepada LPP.

 Sesi menandatangani kehadiran.

Dari kiri ialah Tuan Haji Rusmin bin Juwahir (Pengurus Besar PPNJ), En. Shammodin bin Abd Halim (Pengarah LPP Johor), Dato' Arpan Shah bin Satu (Ketua Pengarah LPP), Datin Kamaliah binti Abd Jalal (Isteri KP LPP) dan En. Abd Jalil bin Bukhairah (Timbalan Pengarah LPP Johor)

Sekalian hadirin yang hadir terdiri daripada Pegawai Peladang Daerah, Pengurus Besar dan kakitangan LPP.


 Bacaan doa telah disampaikan oleh En. Syahril Azizi bin Shuib

 Encik Zainal bin Ali dari PPK Johor Bahru Selatan bertindak sebagai pengacara majlis.

 Ucapan aluan dari En. Shammodin



 Penerima anugerah Laporan Audit Bersih - PPK Pontian Selatan

 Penerima anugerah Laporan Audit Bersih - PPK Simpang Renggam

 Penerima anugerah Laporan Audit Bersih  - PPK Bukit Gambir

Giliran Dato' KP menyampaikan ucapannya dengan penuh berwawasan walaupun esoknya  beliau telah memulakan cuti sebelum berpencen.
Sebelum mengakhiri majlis, Dato' KP diminta untuk merasmikan  sesi pelancaran blog peladangjohor.

Sebagai sesi penutup, Dato' KP telah dihidangkan klip video perpisahan oleh Cawangan Teknologi Maklumat.

Semua hadirin yang hadir tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Dato' KP dan isteri.

 Majlis diakhiri dengan mengabadikan kenangan bergambar beramai - ramai.








Pihak LPP Johor mengucapkan selamat beristirehat kepada Dato' KP. Kami sentiasa berdoa agar Dato' diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan untuk menjalani hari - hari mendatang.

No comments:

Post a Comment