Pokok kacang botol ini telah ditanam lebih setahun yang lepas. Hasilnya sungguh menakjubkan. Sangat banyak. Walaupun buahnya telah dipetik melebihi sebaldi, minggu berikutnya masih boleh dipetik lagi kerana buahnya amat banyak dan cepat membesar.
Tidak pasti samada pokok ini sudah sampai usianya atau akibat cuaca yang tidak hujan sekian lama, daun2nya sudah kelihatan berkurang dan kering. Keadaannya sudah tidak seperti dulu yang rimbun dengan daun2 dan buah2 yang sangat lebat.
Pagi tadi rakan2 LPPJ sekali lagi memetik buah2 yang masih ada. Hasilnya dibahagi2kan kepada peminat kacang botol. Ia mungkin buah2 terakhir untuk dijadikan ulam atau masakan sehari dua ini. Alhamdulillah, sudah tidak perlu bersusah payah membeli sayur di pasar lagi.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengasas kebun LPPJ iaitu Tuan Haji Manan bekas EO LPPJ. Tanpa tuan mengalirkan keringat menghabiskan sisa2 perkhidmatan di LPPJ, tidak mungkin kami di sini dapat merasa sayur free dikala semua harga barang meninggi.
No comments:
Post a Comment