Berikut adalah salah satu lawatan bagi tujuan pengagihan peruntukan tahun 2014 yang telah dikendalikan oleh LPP negeri Johor. Ia adalah bantuan untuk memperkembangkan lagi perniagaan ahli peladang yang berkelayakan.
Salah satu projek yang telah disenarai pendek untuk menerima bantuan mengikut keperluan adalah CottageFood yang menghasilkan makanan sejuk beku dibawah pengendalian PPK Bakri.
Pegawai LPP sedang menemuramah pemilik kilang di kawasan operasi penghasilan makanan sejuk beku.
Pakaging untuk Murtabak Mini Sardin, Murtabak Mini Sayuran, Murtabak Mini Kambing dan Murtabak Mini Ayam.
Sebahagian murtabak mini yang telah siap dibungkus dan sedia dipasarkan. Ia ditempatkan di bilik sejuk beku.
Sebahagian donut yang telah siap disejuk beku.
Murtabak mini yang baru sahaja disejukbekukan selepas siap dikeluarkan dari oven.
Antara frozen food yang dihasilkan dan telah digoreng. Dari kiri ialah murtabak mini ayam, pau kacang goreng dan donut. Kesemuanya memiliki ciri rasa original, lembut dan sangat sedap.
Inilah Pemilik CottageFood yang memiliki semangat yang kental dan berwawasan tinggi.
Harga jualan bagi pilihan murtabak mini di CottageFood.
Gambar kenangan bersama - sama pegawai LPP.
No comments:
Post a Comment