Pages

Sunday 20 April 2014

PERHIMPUNAN BULANAN, MESYUARAT PENGURUSAN LPPJ APRIL 2014


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan limpah kurnia-Nya Perhimpunan Bulanan LPPJ April 2014 dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 17 April 2014 Khamis lepas.
 
Perhimpunan kali ini diuruskan oleh Cawangan Urusan Pendaftar yang bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi.
 
Hamidi @ Hamdi bin Abd Aziz sebagai pengacara Majlis, Zaid bin Ramli sebagai pembaca doa dan
 
Nur Zuraidah binti Ismail sebagai  Pemberi Ucapan Bulanan.

Sebelum majlis berakhir, pengarah LPP Johor iaitu En.  Shammodin bin Abd Halim memberikan kata- kata amanat kepada semua kakitangan yang hadir.


Mesyuarat Pengurusan bilangan 4/2014 dimulakan sejurus Majlis Perhimpuan Bulanan berakhir sehingga jam 12 tengahari.

Pada keesokkan harinya iaitu tanggal 18 April 2014 bersamaan hari Khamis, seperti kebiasaan hari terakhir bekerja, LPPJ mengadakan majlis membudayakan Al_Quran. Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Pengarah dan semua kakitangan. Majlis hari tersebut mendapat kelainan dari hari2 yang lepas dengan hanya membaca Yasiin bagi memohon kesejahteraan daripada Allah kepada kesemua kakitangan LPPJ serta keluarga dan kesejahteraan orang - orang disekeliling kita terutama mangsa - mangsa Islam kapal terbang MH370. Semoga Allah melindungi kita dan memberi segala kebaikan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment