24 Januari 2014 menjadi titik sejarah kepada PPK Pengerang apabila menerima kehadiran Pengerusi LPP Kuala Lumpur iaitu Y. Bhg. Dato' Haji Zainal bin Dahalan. Kedatangan Y. Bhg. Dato' adalah untuk meninjau kejayaan PPK dalam projek tanaman jagung yang meliputi 50 ekar di ZPM Sedili.
Tanaman jagung seluas 50 ekar di ZPM Sedili yang diusahakan oleh PPK Pengerang ini ditanam seekar seminggu telah menghasilkan keuntungan yang membanggakan sepanjang tahun semenjak tahun 2009.
Y. Bhg. Dato' Haji Zainal bin Dahalan memberikan ucapan sejurus sampai ke tapak projek. Y. Bhg. Dato' melahirkan rasa bangga kepada PPK dan berharap usaha ini sentiasa berterusan dan mampu menambahkan sebahagian hasil makanan negara.
Y. Bhg. Dato' juga akan sentiasa bersama PPK bagi membantu dan memudahkan usaha PPK supaya berjalan dengan baik dan lancar serta lebih maju dan mencapai satu standard yang membanggakan.
Y. Bhg. Dato' memberi komen terhadap buku berkenaan projek yang diusahakan oleh PPK Pengerang.
Y. Bhg. Dato' meninjau mutu buah jagung yang dihasilkan.
Selain tanaman jagung, PPK Pengerang juga mengusahakan ternakan lembu feedlod di kawasan yang sama. Terdapat kira - kira 120 lembu feedlod yang diusahakan oleh PPK Pengerang sendiri buat masa ini.
Pihak LPP Johor dan PPK Pengerang amat berbesar hati dengan kunjungan Y. Bhg. Dato' Pengerusi dan semua pihak mengharapkan kejayaan yang berterusan terhasil dari kerjasama ini.
saya teringin nak tengok projek nie...semoga diberi peluang utk membuat lawatan ke tapak projek satu hari nanti...insyaallah...
ReplyDelete