Pages

Tuesday 27 May 2014

KEHADIRAN KP LPP

Merasa amat berbangga apabila Ketua Pengarah LPP Malaysia iaitu Y.H. Dato' Arpan Shah bin Satu dapat meluangkan masa walaupun beliau sudah memaklumkan sangat kesempitan waktu untuk hadir pada majlis perasmian Kursus Ekspresi Minda Ke Arah Urus Diri Cemerlang Anggota LPP. 

Kursus yang berlangsung 3 hari dari 18 hingga 20 Mei 2014 di kompleks LPP Johor dan sekitar Johor ini dihadiri oleh ahli Ketadbir LPP Ibu Pejabat dan ahli Ketadbir LPP Johor sebagai mengalu - alukan kedatangan 'Orang KL'. 

Ketua Pengarah LPP adalah insan yang sangat dikagumi kerana amat berdisiplin dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Tidak hairanlah apabila beliau sudahpun berada di Kompleks LPP seawal jam 3.45 petang sedangkan tentatif kehadirannya hari itu adalah jam 4.00 petang. 





Kakitangan yang terlibat tidak melepaskan peluang bersalaman dengan 'Dato' Arpan' sebagai ' Idola Kepimpinan'


 Dewan IPP Johor penuh dengan peserta kursus dan kakitangan LPP yang lain.


En. Sirin bin Legee iaitu EO LPP Johor sebagai Yang Di Pertua Ketadbir LPP memberi ucapan aluan. Disamping itu, beliau sempat menyelitkan permohonan bagi memajukan kesatuan serta mengharapkan kerjasama yang baik dari pihak LPP dengan Ketadbir.


Ketua Pengarah LPP Malaysia iaitu Y.H. Dato' Arpan Shah bin Satu memberikan ucapan merasmikan Kursus Ekspresi Minda Ke Arah Urus Diri Cemerlang Anggota LPP. Didalam ucapan, beliau sangat menekankan 'Konsep Belajar Hingga ke Liang Lahat' kepada hadirin yang hadir serta mengingatkan anggota yang baru berkhidmat supaya membawa perubahan yang baik ke dalam jabatan dengan dibantu anggota yang lama. 

Beliau seterusnya telah memanjangkan amanat dari Perdana Menteri Malaysia yang telah disampaikan pada Hari Buruh yang lalu. Antaranya ialah menjitukan keboleh percayaan terhadap diri sendiri dan orang lain, budaya amalan kerja terbaik, semangat patriotik serta budaya keberhasilan. 


LPP Johor sangat berbesar hati dengan kunjungan ini telah menyampaikan sedikit tanda ingatan yang tidak seberapa.


 Majlis ini berakhir sekitar jam 6.00 petang dengan sesi melakarkan kenangan.

Terima Kasih Dato'! Semoga bersua lagi di sini.

No comments:

Post a Comment