Pages

Sunday 25 May 2014

MAJLIS PERPISAHAN

Majlis kenangan ini telah diadakan pada 21/5/2014 bagi meraikan 3 orang kakitangan LPPJ yang akan berpindah ke LPP Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan selepas Mesyuarat Pengurusan yang telah dihadiri oleh Pengurus - Pengurus Besar di setiap Kawasan, Pegawai Daerah serta kesemua kakitangan LPPJ sendiri.

Mereka yang berpindah ialah En. Nor Fadzli bin Hasan selaku Pegawai Daerah Pontian / Kluang, Puan Nalisa Mazlin binti Mohd Tarmizi selaku tTimbalan Pengurus Besar PPK Seri Medan dan Mohd Norman bin Salehuddin selaku Juruteknik Komputer LPPJ. Ketiga - tiga mereka dijadualkan melapor diri di LPP Ibu Pejabat Kuala Lumpur pada 2 Jun 2014.
 


En. Nor Fadzli bin Hasan memulakan ucapan perpisahan yang penuh bermakna kepada semua rakan - rakan yang sama - sama bekerja dan berganding bahu menjayakan PPK.



 Antara kakitangan LPPJ yang hadir menjayakan majlis.





Puan Nalisa Mazlin binti Mohd Tarmizi antara yang diraikan berpindah ke LPP Ibu Pejabat Kuala Lumpur untuk mengikut suaminya yang menetap di Kuala Lumpur.


Mohd Norman bin Salehuddin juga berpindah ke LPP Ibu Pejabat Kuala Lumpur pada Jun 2014.


Tuan Pengarah LPP Johor menyampaikan ucapan perpisahan mewakili seluruh kakitangan LPP Johor. Tuan pengarah lebih banyak memberikan kata - kata nasihat kepada yang diraikan dan mengharapkan kerjasama yang lebih baik dari mereka selepas perpindahan ini.



  Antara hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

 



 Akhir kata, LPP Johor mengucapkan selamat berpindah kepada kalian dan semoga dapat meneruskan perjalanan kerjaya dengan lebih baik lagi.


No comments:

Post a Comment