Melalui proses Audit Pengurusan bagi PPK adalah proses yang sukar bagi setiap PPK disebabkan segala aktiviti, perekodan dan persembahan diambilkira bagi mendapatkan penilaian terbaik. Oleh kerana banyak perkara perlu disediakan dan disempurnakan disamping kerja - kerja hakiki yang tidak boleh ditinggalkan, banyak PPK terpaksa menolak penyertaan ini.
Melalui detik2 penilaian juga adalah sangat sukar dan memenatkan kerana PPK perlu menyediakan persiapan awal serta memastikan segala aktiviti yang dijalankan berjalan dengan baik dan lancar supaya memenuhi kehendak penilai. Walaupun sesukar mana pun penilaian ini dijalankan, PPK di Johor sentiasa mengambil langkah positif setiap kali giliran mereka dicalonkan. Pihak LPP Johor turut membantu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada setiap PPK yang melalui proses ini.
Walaupun menghadapi cabaran yang agak mencabar, rata - rata PPK yang pernah dicalonkan memberi kerjasama yang baik, sangat bersungguh - sungguh dan memperlihatkan semangat daya saing yang tinggi. Setakat ini 3 PPK di negeri Johor telah mendapat markah terbaik sehingga melayakkan 5 bintang dan 6 PPK yang lain tidak mengecewakan dengan usaha mendapat 4 bintang.
Walaupun menghadapi cabaran yang agak mencabar, rata - rata PPK yang pernah dicalonkan memberi kerjasama yang baik, sangat bersungguh - sungguh dan memperlihatkan semangat daya saing yang tinggi. Setakat ini 3 PPK di negeri Johor telah mendapat markah terbaik sehingga melayakkan 5 bintang dan 6 PPK yang lain tidak mengecewakan dengan usaha mendapat 4 bintang.
PPK terbabit ialah :
5* - PPK Parit Sulong
- PPK Senggarang
- PPK Parit Raja
4* - PPK Batu Pahat Utara (Peserai)
- PPK Ledang / Tangkak
- PPK Labis.
- PPK Kulai
- PPK Segamat Utara
- PPK Simpang Renggam
Pada 11 dan 12 Jun 2014 lepas, sekali lagi hari yang mendebarkan berlaku, kali ini ia dilaksanakan di PPK Sri Medan. PPK yang mempertandingkan diri ialah PPK Sri Medan dan PPK Kuala Selangor. Kedua - dua PPK ini dinilai serentak selama 2 hari. 3 orang ahli panel terlibat dalam pembentangan diketuai oleh Tuan Haji Kamalrul Badri bin Md. Ali (Timbalan Ketua Pengarah Operasi), En. Mohammad Nazzeri bin Ramli (Pengarah Bahagian Penyeliaan) dan Hajah Razana bt. Ghazali (Pengarah Bahagian Audit Pertubuhan & Penguatkuasaan).
Pembentangan berlangsung 2 hari berturut - turut sehingga jam 9 malam. Sepanjang pembentangan, debaran sentiasa berlaku kerana markah yang telah diberikan sentiasa boleh berubah menjadi baik atau sebaliknya.
Walaupun ketua panel kelihatan sangat tegas dalam penentuan markah, sesekali beliau menyelitkan cerita - cerita lucu yang berkait dengan moral yang boleh diambil iktibar. Group PPK Sri Medan sempat didera oleh ketua Panel untuk dinilai kekemasan setiap anggota. Peribadi yang kemas serta bersih adalah penting kepada PPK menunjukkan tanggapan positif kepada orang kampung.
Setelah berpenat lelah serta bertungkus lumus bagi mendapatkan markah terbaik, akhirnya PPK Sri Medan mendapat penilaian A@5* dengan markah 91.23%.Tahniah dari LPP Johor!
Tahniah juga kepada PPK Kuala Selangor dengan pencapaian B@4* dengan markah 86.96%.
PPK Kuala Selangor bergambar kenangan bersama juri.
No comments:
Post a Comment