Majlis bermula jam 12 tengahari selepas Dato' KP merasmikan Mesyuarat Agung PPK Kota Tinggi Timur pada sebelah pagi.
Hadirin dan hadirat yang hadir terdiri daripada orang kuat LPP Johor yang bertanggungjawab memajukan Peladang Johor.
Pengacara untuk majlis tengahari itu ialah En. Patah Abidin bin Md. Said yang sentiasa ada pada setiap majlis rasmi.
Majlis diserikan dengan bacaan doa oleh En. Abu Bakar bin Selamat (Pengurus Besar PPK Rengit)
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengarah LPP Johor iaitu En. Shammodin bin Abd Halim. Di dalam ucapannya beliau berterima kasih kepada Pengurus - Pengurus Besar yang banyak memudahkan urusan kerjanya serta memberi komitmen yang baik dalam menyediakan KPI Pengurus - Pengurus Besar Pertubuhan Peladang untuk negeri Johor.
Pengarah LPP Johor seterusnya menyerahkan Pelan Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Hasil Pertanian kepada Dato' KP LPP sebagai tanda usaha gigih yang sentiasa diteruskan oleh warga LPP Johor.
Dato' KP memberikan ucapan bagi menyempurnakan majlis. Di dalam ucapannya Dato' KP mengharapkan kerjasama dari semua Pengurus Besar yang tidak berbelah bagi supaya hasrat kerajaan sebagai Pengeluar Makanan Negera terus menerus berkembang dan berjalan lancar.
Majlis diteruskan dengan menurunkan tandatangan pada senarai KPI yang telah diputuskan. Wakil Pengurus - Pengurus Besar PPK Cik Noorzaini binti Muhammad Zain (Pengurus Besar PPK Parit Raja) dan En. Rusmin bin Juwahir (Pengurus Besar PPNJ) telah dilantik untuk mengesahkan KPI berikut.
Dengan rasminya Majlis Penyerahan KPI dilakukan oleh Pengarah LPP Johor kepada Dato' KP LPP.
Sesi menurunkan tandatangan lawatan sebagai tanda kenangan pihak PPK Kota Tinggi Timur.
Antara yang hadir dan menyerikan majlis.
Melalui Majlis Menandatangani KPI Pengurus - Pengurus Besar PP Negeri Johor ini, LPP Johor mengharapkan segala yang dilakukan ini akan memberi manfaat dan impak yang besar kepada Lembaga Pertubuhan Peladang dan masyarakat keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment