Pages

Sunday 6 July 2014

SUMBANGAN PPK NEGERI JOHOR

Alhamdulillah sudah memasuki 8 Ramadan hari ini. Seperti biasa LPP negeri Johor dihujani sumbangan sempena meraikan bulan mulia seperti tahun- tahun sudah. Kami merasa amat bertuah kerana setiap tahun, PPK di negeri Johor sentiasa mengingati kami dengan memberi berbagai - bagai sumbangan yang boleh digunakan sepanjang Ramadan sehingga berpanjangan kepada sanak saudara kalau tidak pun jiran - jiran sebelah menyebelah rumah.

Inilah yang dikatakan kebesaran Ramadan, disamping hambanya mengenal erti lapar dan dahaga, mereka juga saling hulur menghulur dan menjadi lebih akrab. Kami di LPPJ mengucapkan berbanyak - banyak terima kasih dengan pemberian yang sangat bermakna ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada PPK Endau dengan sumbangan yang diberikan.



Juga berbanyak terima kasih kepada PPNJ dengan sumbangan kurma dan PPK Johor Bahru Timur dengan sumbangan kordial.

Di hari yang baik dan mulia ini, LPP negeri Johor mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua dan semoga segala kebaikan yang dilakukan mendapat pahala yang berlipat ganda serta mendapat keredhaan dari Allah swt.....Aminnnnnnn.

No comments:

Post a Comment