Majlis Perpisahan dan Khatam Al-Quran ini telah berlangsung pada 22 Julai 2014 iaitu pada bulan Ramadhan yang lalu. Majlis serba sederhana ini dihadiri oleh anggota LPP negeri Johor dari setiap daerah. Majlis bermula jam 2 petang dengan menghabiskan bacaan surah - surah Al-Quran yang belum diselesaikan disusuli Majlis Perpisahan. Majlis Khatan Al-Quran dilaksanakan selepas sembahyang berjemaah waktu Asar dan diteruskan lagi dengan iftar bersama - sama seterusnya disudahi dengan solat Maghrib dan solat Tarawih.
Puan Rosnah binti Abdul Rahman antara yang diraikan. Beliau akan berpindah ke LPP Ibu Pejabat Kuala Lumpur pada 15 Ogos ini kerana dinaikkan pangkat kepada W32.
En. Amiruddin bin Bahar juga akan berpindah ke LPP Ibu Pejabat Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2014.
Tuan Pengarah En. Shammodin bin Abd Halim menyampaikan ucapan perpisahan kepada kedua orang anggota yang sangat dedikasi dalam menjalankan kerja. Di dalam salah satu ucapannya, beliau merasakan kehilangan yang besar kepada LPPJ dengan perpindahan 2 anggota ini.
Sedikit cenderahati sebagai tanda kenangan.
No comments:
Post a Comment