Pages

Tuesday 5 August 2014

SELAMAT HARI RAYA 2014


Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari kami warga LPPJ untuk semua pembaca blog ini. Admin memohon sebesar - besar kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa atau mengguris hati pembaca sepanjang tempoh penulisan ini. Mood raya nampaknya masih segar walaupun sudah masuk hari kesembilan kita menyambut Syawal. Kebiasaan bagi warga Johor, hari ke 7 hingga ke 14 Syawal, kami akan menunaikan puasa 6 selepas seminggu  mengunjungi sanak saudara. Proses ini secara tak langsung boleh membantu meneutralkan semula perut setelah seminggu disumbat dengan ketupat, lemang, rendang dan bermacam - macam makanan lagi yang boleh mengganggu kesihatan. Setelah itu, barulah jemputan untuk majlis rumah terbuka dari rakan - rakan bertembung - tembung sehinggalah selesai Syawal. 

LPPJ mengucapkan berbanyak - banyak terima kasih kepada PPK - PPK yang masih menghulurkan sumbangan raya di saat - saat kebanyakkan warga LPPJ sudah terbanyangkan kampung halaman masing - masing. Kami begitu terharu dengan ingatan kalian semua.









Sumbangan kopi Magle'k dan kurma dari PPK Rengit.


Sumbangan Ayam dari PPK Johor Bahru Selatan.


Sumbangan air kotak dari PPK Sri Medan.


No comments:

Post a Comment