Pages

Sunday, 7 September 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Tanggal 31 Ogos 2014, sekali lagi LPP Johor merayakan hari Merdeka dengan bersama - sama menyertai perbarisan hari Merdeka dengan slogan Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta di dua lokasi yang telah ditetapkan di Kulaijaya dan Bandaraya Johor Bahru. Tahun ini, Kulaijaya diberi mandat untuk mengendalikan sambutan Merdeka peringkat negeri yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor iaitu Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.


 
Kain rentang yang memperkenalkan kehadiran LPP Johor.

Antara anggota perbarisan LPP Johor yang terlibat sebelum memulakan perjalanan sejauh kira - kira 5km untuk ke Stadium Mini Kulai.

Masing - masing berwajah ceria walaupun terpaksa mengorbankan cuti umum.

Membuat lintasan hormat. Setentunya masing - masing merasa bangga dan bersemangat.

Setibanya di perkarangan pintu masuk stadium. Masing - masing kelihatan keletihan kerana cuaca begitu panas walaupun jam belum pun mencecah 10 pagi.

Dapatkah anda melihat kami?? Kelihatan kerdil tapi tetap bersama - sama meraikan.

Bersama - sama bersuka ria.

Ketibaan Menteri Besar Johor Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang berbasikal.


Arah pandangan kami ke arah pentas stadium.





No comments:

Post a Comment