Pokok sukun adalah dari jenis pokok saka yang mampu mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Batangnya menegak dengan ukuran garis pusat antara 30 - 50 cm atau lebih lagi. Dari segi khasiat perubatan tumbuhan sukun banyak gunanya.
1.
Akar sukun yang direbus dan diminum dapat merawat masalah cirit birit dan disenteri.
2.
Buah sukun yang masak pula boleh direbus dengan air dan dicampur dengan sedikit gula lalu diminum didapati mampu mengatasi masalah hempedu hati, perut dan juga usus besar.
3.
Kulit buah sukun muda yang dikupas dan direbus kemudian diminum dipercayai mampu melawaskan buang air kecil.
4.
Isi buah sukun muda yang direbus juga dan airnya diminum mampu jadi ubat batuk.
5.
Bunga sukun yang dipanaskan dan bila sejuk disapu pada bahagian gusi akan menghilangkan sakit gigi dan juga sakit gusi.
6.
Getah pada pokok dikutip dan dicairkan dengan air hujan dan diminum akan merawat cirit birit.
7.
Air rebusan getah sukun juga boleh disapu pada luka - luka.
8.
Ada pula kepercayaan mengambil kulit batang sukun dan dicampur dengan ramuan lain dan direbus dimana airnya diminum untuk ibu selepas bersalin.
9.
Daun sukun yang direbus dan air rebusannya diminum apabila sejuk akan mengurangkan tekanan darah tinggi dan melegakan asma.
10.
Ada dikalangan masyarakat kampung yang mengamalkan mengunyah daun sukun muda dan ditelan sebagai penawar kepada keracunan makan.
11.
Daun sukun yang diramas - ramas dan ditampal dikepala dipercayai dapat menghilangkan sakit kepala.
12.
Daun sukun boleh dipanggang dan kemudian dihancurkan, campur air dan ditampal didada boleh menjadi rawatan bengkak hati.
13.
Boleh juga menjadi penawar kepada penyakit kayap yang bergerak seperti Herpes dengan membakar daun sukun, habuknya dicampur minyak kelapa dan kunyit dan disapu pada kulit.
Sumbangan Berita Peladang PPK Parit Sulong Edisi 2/2014
No comments:
Post a Comment