Pages

Thursday, 25 September 2014

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPNJ KE 36

Tahniah kepada pihak pengurusan PPNJ kerana dapat menyediakan segala keperluan termasuk persiapan dokumen sehingga terlaksana MAT kali ke 36/2014 pada 4 September 2014 bertempat di Berjaya WaterFront Hotel. Mesyuarat Agung kali ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kelainan pada agenda pemilihan jawatan kerana menggunakan sistem E- Undi. Sistem ini pertama kali digunakan dalam pemilihan jawatan dan penggunaannya amat membanggakan kerana dapat memudahkan proses pengundian yang melibatkan seramai 470 orang perwakilan dalam masa 2 jam.


MAT kali ke 36 bermula jam 8.30 pagi dengan dihadiri oleh perwakilan di seluruh negeri Johor.

Antara perwakilan yang hadir dan membentangkan usul.

Pengarah LPP Negeri Johor, En. Shammodin bin Abd Halim sebagai wakil Pendaftar pada hari itu.

Sesi pengundian E-Undi yang berlangsung. 


SENARAI KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI JEMAAH PENGARAH PPNJ
(penggal 2014/2016 - 9 orang)

- YB Dato' Seri Haji Saipolbahari bin Hj Suib
- Dato' Haji Ali bin Shikh Ahmad
- Haji Mohamed Esa bin Samad
- Haji Mohd Said bin Ibrahim
- Haji Omar bin Salleh
- Haji Hisamuddin bin Suhaimee
- Haji Kamin bin Jumiran
- Haji Mad Yusof bin Yunus
- Haji Wan Ismail bin Wan Ngah


Tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan PPNJ kerana berjaya dalam Pemilihan bagi penggal 2014 - 2016.

No comments:

Post a Comment