Pages

Tuesday, 14 October 2014

KURSUS LANJUTAN KOR TANI ZON SELATAN

Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor ini telah diadakan pada 28 September hingga 2 Oktober 2014 bertempat di Katerina Hotel Batu Pahat Johor dengan dihadiri oleh 300 orang peserta daripada agensi di bawah MOA dan LPP sendiri.

Kursus ini bertujuan mendedahkan peranan agensi / jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan telah menggunakan pembiayaan di bawah Tabung Pembangunan Usahawan Kor Tani.

Majlis perasmian yang diadakan pada malam hari ketiga kursus berlangsung diserikan dengan kehadiran  Y. Bhg. Dato' Haji Zainal bin Dahalan (Pengerusi LPP)



Sekitar hari kursus berlangsung selama 5 hari, dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam. Antara tajuk ceramah yang disampaikan ialah Halatuju Kor Tani Ke Arah Transformasi Sektor Pertanian, Bagaimana Menjadi Usahawantani yang berjaya oleh MARDI, Peluang Pemasaran melalui Ladang Kontrak oleh FAMA dan Pengurusan Aliran Tunai.       
 
Pada hari terakhir kursus dijalankan, semua peserta kursus telah diminta untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sekitar Batu Pahat. Aktiviti ini bagi membiasakan diri setiap peserta dengan persekitaran masyarakat luar bandar khususnya.


 Antara aktiviti yang dijalankan ialah mencantikkan balai raya,

membersihkan pusara,

dan memperkemaskan surau.

Aktiviti kemasyarakatan ini telah berlangsung selama 4 jam dari pagi hinggalah tengahari dengan kerjasama penduduk setempat.

Setelah berpenat lelah berperah keringat, para peserta dijamu makan tengahari dengan gaya Johor sebelum berangkat pulang.


No comments:

Post a Comment