Pages

Monday, 3 November 2014

KURSUS PEMASARAN HASIL PERTANIAN AGROPRENEUR MUDA



Kursus yang memakan masa sehari ini telah berlangsung pada 26 Oktober 2014 iaitu pada hari Ahad di RTC Johor, Kulaijaya. Kursus yang bermakna ini telah dihadiri oleh ahli-ahli PPK, perserta - peserta di bawah pengendalian Felcra, Kejora, Mara, PCN, dan Risda. 

Di dalam kursus ini, peserta telah didedahkan kepada cara - cara pemasaran hasil pertanian yang berkesan bagi 3 jenis projek pertanian iaitu Projek Ubi Kayu, Projek Cendawan, dan Projek Fertigasi.

Para peserta kursus yang terdiri hampir 100 orang mendengar dengan tekun segala butir yang disampaikan dari penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing - masing.
 

Bagi memastikan peserta kursus mendapat maklumat yang tepat dan berkesan, pihak LPP telah menjemput beberapa orang petani berjaya sebagai penceramah pada hari itu supaya komunikasi secara terus dapat dilaksanakan.

 

Peserta kursus dan Pengarah LPP negeri Johor mengabadikan gambar kenangan pada akhir sesi kursus.

No comments:

Post a Comment