KOR TANI ditubuhkan bagi mengumpulkan usahawan muda yang berumur 40 tahun ke bawah untuk dibawa kehadapan dan diketengahkan dalam bidang masing - masing. Selain itu, banyak kursus - kursus diadakan supaya ahli - ahli KOR TANI boleh bertukar - tukar pengalaman, menambahkan pengetahuan, serta mendapat pendedahan kepada sumber - sumber peruntukan yang sesuai diperolehi untuk lebih memajukan bidang masing - masing.
Baru - baru ini LPP telah menganjurkan satu kursus yang mempertemukan usahawan - usahawan KOR TANI baru dan senior untuk berkenal - kenalan serta berkongsi kejayaan dalam bidang masing - masing. Beberapa orang usahawan yang telah menunjukkan kejayaan membanggakan dalam usia muda dijemput untuk menyampaikan ceramah bagi berkongsi suka duka serta pahit getir sebelum masing - masing mencapai aras kejayaan.
Tuan Pengarah LPP negeri Johor terlebih dahulu memulakan ucapan aluan. |
Tuan Haji Sahri bin Tumin (Pengerusi PPK Senggarang) perkongsian pengalaman usahawan pengeluar, pemasaran hasil pertanian di Senggarang. |
En. Khairul Azhar bin Wahyudi perkongsian pengalaman usahawan pengeluar, pemasar, dan potensi industri ubi kayu. |
Puan Nurul Hakimi binti Shahri perkongsian pengalaman usahawan pengeluar, pemasar, dan potensi industri cendawan |
En. Muhammad Harith bin Muhamad Hatta perkongsian pengalaman usahawan pengeluar, pemasar, dan potensi industri ternakan udang galah. |
En. Hisham bin Misran perkongsian pemasaran hasil pertanian |
Suasana sekitar Kursus Agroprenuer Muda Nadi Pengeluar Hasil Pertanian Era Baru Tahun 2015 berlangsung. |
Semestinya ini adalah pertemuan yang meninggalkan kesan di mana setiap usahawan dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi serta yang lebih penting adalah sebagai pemangkin bersemangat untuk menguruskan bidang masing - masing.
Maklumat terkini berkenaan KOR TANI boleh diperolehi melalui instagram @peladangmuda.johor
Congratulations mr hisyam... amazing. ..
ReplyDeleteCongratulations mr hisyam... amazing. ..
ReplyDeleteAwesome! Job well done .. Keep up the great work!
ReplyDelete