Marilah kita bersama - sama bersyukur ke hadrat Ilahi, atas rahmat, taufik dan hidayah-Nya kpd kita semua, sehingga detik ini kita masih diberi kesempatan yang baik untuk memperingati “Maulid Nabi” Muhammad SAW junjungan kita.
LPP negeri Johor berkesempatan bersama - sama meraikan tarikh kelahiran nabi besar kita Muhammad SAW pada 24 Disember bersamaan 12 Rabiul Awal 1437 yang lepas di peringkat negeri bermula di Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, Ledang.
Acara perbarisan santai ini disertai oleh kebanyakan badan - badan kerajaan di Negeri Johor dan diketuai oleh YBhg. Dato’ Seri As-Sheikh Hj. Nooh bin Gadot. LPP sendiri disertai oleh anggota yang berkhidmat sekitar Muar kerana acara bermula awal pagi dan ia memudahkan kehadiran para peserta perbarisan.
Sambutan kali ini pastinya menjadi kenangan terindah kerana pasukan LPP negeri Johor berjaya meraih tempat kedua dalam perbarisan. Tahniah! Kepada semua yang terlibat.
|
Antara anggota yang terawal sampai dengan penuh bersemangat untuk menjayakan acara perbarisan |
|
Pengarah LPP negeri Johor hadir awal pagi semata - mata untuk sama - sama menyertai perbarisan. |
|
Tuan Pengarah tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan bersama - sama Dato’ Seri As-Sheikh Hj. Nooh bin Gadot |
|
Mengabadikan kenangan bergambar dalam satu pasukan. |
|
Pasukan perbarisan bersiap sedia untuk memulakan langkah. |
|
Masing - masing segak bergaya. |
|
Kelibat Pengarah LPP negeri Johor yang segak berwarna turqueos di kalangan ketua - ketua jabatan. |
|
Acara dimulakan dengan doa. |
|
Suasana perbarisan maulidurrasul yang mengambil jarak kira - kira 3 kilometer untuk sampai ke Masjid Bandar Tangkak. |
|
Pasukan hebat LPP berjalan sambil berselawat dengan penuh bergaya. |
|
Antara pasukan jabatan - jabatan lain yang tidak kurang hebatnya |
|
Suasana sekitar Masjid Bandar Tangkak yang penuh dengan orang ramai yang menanti pasukan perbarisan tiba. |
|
Alhamdulillah.....setelah berpenat lelah menyediakan persiapan dan pengorbanan, akhirnya LPP menduduki tempat ke dua dalam perbarisan. |
No comments:
Post a Comment