Pages

Wednesday 23 April 2014

BANTUAN BANJIR 2013

Syukur kepada Allah tugas mengenalpasti kawasan pertanian yang terlibat dengan banjir  dan pengagihan bantuan telah pun selamat dilakukan. Bantuan ini melibatkan petani tanaman, ternakan dan ternakair di negeri Johor yang menghadapi banjir pada tahun 2013 sehingga menyebabkan kerosakan kepada hasil pertanian mereka.

Pengagihan bantuan ini telah dijalankan berperingkat mengikut lokasi yang sesuai serta mudah dihadiri oleh penerima bantuan. Seramai 440 orang telah menerima bantuan mengikut komoditi dan lebih setengah juta Ringgit Malaysia telah disalurkan bagi tujuan itu.



Mangsa banjir bagi komoditi tanaman di sekitar Mersing dan Endau telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Haji Zainal bin Dahalan selaku Pengerusi LPP Malaysia. Bantuan banjir disini mencatatkan rekod teramai dengan melibatkan 305 orang mangsa banjir.



 









Selain itu, majlis penyampaian bantuan banjir juga diadakan di PPK Benut dimana melibatkan mangsa banjir di sekitar daerah Pontian. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh YB. Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan iaitu Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Pontian pada 6 Mac 2014.











Majlis penyampaian bantuan banjir juga telah diadakan di Pejabat UMNO Labis dimana melibatkan mangsa banjir di sekitar daerah Segamat. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh YB. Mohd Azahar bin Hj. Ibrahim ADUN Tenang pada 3 Februari 2014.







Bantuan yang sama juga telah dilaksanakan di Unit Ahli PPK Pengerang yang disampaikan sendiri oleh Pengerusi PPK tersebut iaitu Tuan Haji Abd. Kadir bin Ahmad kepada mangsa yang terlibat.



Selain itu, bantuan tersebut juga telah disampaikan melalui PPK - PPK yang berhampiran dengan mangsa banjir yang lain di daerah Batu Pahat, Kluang, Muar dan Kota Tinggi.

LPP bagi pihak kerajaan Malaysia mengharapkan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban para petani di Johor dan usaha menambahkan makanan negara dapat diteruskan serta dipertingkatkan.





No comments:

Post a Comment